E-Learning- Subjek Geografi (Isu dan Pengurusan Alam Sekitar: Sumber Hutan)
31 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 30/08/2024, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas Geografi Mengenai isu dan pengurusan alam sekitar didalam topik sumber hutan. Kelas ini diadakan pada 3.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang. Pada sesi awal kelas ini pihak NADI memberi penjelasan tentang isu-isu alam sekitar yang terjadi dan memberi kesan kepada alam sekitar hasil dari sumber hutan yang semakin berkurang. Pengajar NADI memberi contoh seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan toksik, penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara haram, pengurangan sumber semula jadi dan sebagainya, telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan kepada alam sekitar.
Pengajar memberi peluang kepada pelajar untuk mencari Solusi untuk menjaga dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Antara contoh jawapan dari pelajar adalah memulakan dengan mengamalkan kehidupan harian kita berpandukan ciri-ciri kehidupan yang mesra alam seperti mengitar semula, menanam pokok, berkongsi kenderaan serta menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Pendingin hawa pula perlu ditentukan pada suhu yang sesuai agar tidak terlalu sejuk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: